Sunday, July 12, 2009

I'm speechless...

Another article to add into the "Back to BM by 2012" Fiasco.

All I can say tothe author of this article is..

"What's with you?? Are you having stress ? Need a break from Politics?
No. Seriously.
"


*****************


ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN
KULIM BANDAR BHARU


Saya mengalu-alukan keputusan kabinet untuk menghapuskan Pengajian & Pengajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ini adalah kemenangan kepada pejuang-pejuang bahasa Melayu yang tidak kenal penat lelah, tanpa batasan kepartian atau fahaman, tetapi bersatu bertekad untuk memartabatkan bahasa ibunda. Ini membuktikan bahawa apabila bangsa Melayu boleh mengenepikan fahaman politik dan kepartian, mereka boleh bersatu dan mempertahankan hak, maruah dan martabat mereka.

Ini juga membuktikan bahawa keputusan yang dibuat tanpa konsultansi, muafakat dan rujukan kepada mereka yang pakar akan menjerumuskan rakyat dan negara ke kancah kecelaruan dan haru biru. Dasar yang dibuat oleh Mahathir Mohamed tanpa rundingan dan perbincangan telah menganiaya ramai generasi desa dan kampung yang kepentingan dan kebajikan mereka langsung tidak ada dalam kamus Mahathir Mohamed.

Sebenarnya Artikel 152 Perlembagaan memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Malaysia. Oleh itu tidak timbul persoalan mengapa kita tidak boleh memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Mendakwa bahasa Melayu sebagai bukan bahasa ilmu adalah satu penghinaan kepada sejarah, peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu.

Kita telah melihat banyak bangsa yang langsung tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu namun berjaya dipersada pentas keilmuan dunia. Lihat sahaja bangsa Jepun, berapa ramai tokoh ilmuan dan saintis mereka yang menerima anugerah kehebatan duniawi termauk Anugerah Nobel sedangkan mereka sepatah bahasa inggeris pun tidak mereka ketahui.

Sebaliknya kita lihat bangsa Filipina contohnya yang begitu fasih berbahasa inggeris tetapi sekadar berjaya mengekspot ramai pembantu rumah!

Saya berpendapat sesuai dengan slogan 1-Malaysia, maka sudah tiba masanya Bahasa Melayu dimartabatkan semula sebagai satu bahasa ilmu dan bahasa persekolahan.

Sesuai dengan itu, saya sarankan kerajaan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Mengembalikan tulisan jawi sebagai asas kepada Bahasa Melayu. Dasar meromawikan tulisan bahasa Melayu telah menyebabkan generasi masakini buta jawi dan buta Al Quran. Mereka kehilangan roh bahasa Melayu. Tulisan adalah roh sesuatu bahasa.

2. Menyelaraskan sistem persekolahan kepada "1-Sekolah 1-Bahasa". Ini akan menyegerakan proses integrasi dan memalaysiakan rakyat sebagai bangsa Malaysia. Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu ada kekuatan politik (poltical will) untuk memansuhkan semua sekolah bukan aliran kebangsaan. Saya tidak faham kerana apa setelah 52 tahun merdeka kita masih mengekalkan sisten pecah & perintah yang diamalkan penjajah. Mengapa kita masih mengekalkan sekolah kebangsaan aliran lain sednagkan kita adalah rakyat Malaysia.

Daripada mengekalkan sistem pengasingan saperti yang diamalkan sekarang, mengapa tidak diujudkan satu sistem persekolahan yang menggunapakai bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan.Ini tidak bermakna kita menafikan hak bangsa lain. Sebaliknya saya sarankan supaya bahasa-bahasa utama lain saperti bahasa Cina, Tamil dijadikan sebagai matapelajaran pilihan bagi pelajar-pelajar kita. Malahan pelajar-pelajar Melayu sewajarnya digalakkan mengambil matapelajaran bahasa lain ini sebagai pilihan mereka. Dengan cara ini, proses integrasi dan perpaduan kaum akan lebih segera tercapai.

3. Kita menyedari akan peri pentingnya bahasa Inggeris. Bagi tujuan itu, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perllu dipertingkatkan. Saya sarankan supaya pengajaran bahasa inggeris dijadikan matapelajaran pilihan wajib dan dipertingkatkan dengan pengajian kesusasteraan inggeris.

Saya mengharapkan keputusan kabinet akan membawa satu sinar baru kepada memartabatkan dan mengembalikan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemacu ketamadunan gemilang.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu15 Rejab 143008 Julai 2009

*****************

I got the article from here.

Unsurprisingly, the author received nagative comments.One of them is (quoted) :

"Tuan membandingkan Filipina tetapi kenapa tuan tak membandingkan dengan INDIA yg ramai fasih bahasa inggeris dan mengeksport ramai PAKAR MATEMATIK,IT dan TEKNOLOGI ke seluruh DUNIA??"

He's got a point....Here's another one:

"Bercakap tentang Jepun......rakyatnya bertungkus lumus mempelajari bahasa Inggeris dan menterjemahkan ilmu-ilmu sains dan teknologi ke dalam bahasa Jepun.....sekarang mereka boleh mendabik dada.....tanpa sepatah pun tahu bahasa Inggeris. Ini adalah kerana terjemahan ilmu mereka terlampau banyak hasil usaha orang terdahulu."

Wow,I never tought of that before...

Nevertheless, I do hope the goverment will reconsider their desicion and re-think about the whole policy.I'm sure the goverment are made up for people that are calliber in their duty and get out and hear the people's thoughts.

Meanwhile, cast your vote on "Back t0 BM" in http://chedet.co.cc/chedetblog/

MALAYSIA BOLEH!!!

No comments: